Selasa, 09 April 2019

Warna Cinta Impian

Warna Cinta Impian



https://youtu.be/3H_ZL2sMyuk





Warna Cinta Impian mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam (pengacara) menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.

Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.

Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Itu semua akan dapat disaksikan dalam filem Warna Cinta Impian yang bakal menggegarkan pawagam (bioskop) tidak lama lagi.

Menampilkan pelakon berasal dari Singapura, Erwin Shah Dawson serta Shiqin Kamal sebagai teraju utama dalam Warna Cinta Impian, filem ini juga turut menggamit kenangan tersendiri apabila menggandingkan pasangan popular era 90-an iaitu Awie dan Erra Fazira.

https://www.budiey.com/sinopsis-filem-warna-cinta-impian/

























Tidak ada komentar:

Posting Komentar